ASSALAMUALAIKUM
...
KEPADA
PELANGGAN BUDIMAN , TERIMA KASIH KERANA MEMILIH HOMESTAY INI SEBAGAI TEMPAT
PENGINAPAN ANDA.
KAMI
MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN ANDA.
Para tetamu diminta mematuhi Syarat-Syarat dan Peraturan berikut-
1.
Makanan dan minuman
halal sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke rumah. Minuman keras/alkohol atau
bahan-bahan yang salah dari segi undang-undang dan dilarang oleh Pihak Berkuasa seperti
senjata api, bahan letupan, dadah, ganja, syabu dan lain-lain tidak dibenarkan
sama sekali.
2.
Menjaga Kebersihan di dalam dan di luar rumah. Sila buang sampah/sisa ke
dalam bakul atau tong sampah yang disediakan.
3.
Sila cuci atau basuh
dan kembalikan ke tempat asal semua peralatan pinggan-mangkuk yang telah anda
gunakan.
4.
Menggunakan
kemudahan yang disediakan dengan cara berhemah dan tidak membazir. Tutup lampu,
kipas dan TV jika tidak digunakan.
5.
Meletakkan kenderaan
dengan berhemah dengan tidak mengganggu lalu lintas dan menimbulkan kemarahan
jiran-jiran.
6.
Menjaga adab-adab kejiranan dan menghormati hak-hak jiran di taman perumahan ini. Elakkan daripada membuat bising di larut malam.
7.
Jangan tinggalkan apa jua barang
berharga di dalam rumah. Pastikan
pintu, gril dan pagar dikunci, samada ketika anda sedang berada di
rumah, mahupun apabila anda meninggalkan rumah walaupun untuk seketika. Pihak
pengurusan tidak akan bertanggungjawab atas apa jua kejadian
atau kehilangan barang berharga semasa anda menginap di sini.
8.
Bilik air ~ Elakkan
daripada membuang sesuatu (terutama tuala wanita) ke dalam mangkuk tandas untuk
mengelakkannya daripada tersumbat. Sila buangkan ke dalam bekas yang
disediakan.
10.
Laporkan sebarang kerosakan/kejadian tidak diduga yang berlaku. Wang cengkeram (sekiranya ada) anda
mungkin dikira sebagai gantirugi/pampasan ke atas kerosakan/kejadian tersebut
yang berlaku akibat kecuaian/kelalaian anda.
11.
Dilarang sama sekali menjadikan cadar
atau comforter sebagai alas sterika supaya cadar atau comforter tidak
hangus atau kotor.
12.
Jika anda mengubah
kedudukan sebarang perabot dalam premis, sila letakkan dan susun kembali di
tempat asal sebelum anda check-out.
13.
Penyewa boleh memohon peralatan
tambahan daripada pemilik homestay tetapi bergantung kepada pemilik homestay sama
ada memenuhi permintaan tersebut atau sebaliknya dengan mengenakan charge
(bayaran tambahan) atau sebaliknya.
14. Waktu check-in jam 2.00 petang dan waktu check-out sebelum jam 12.00 hari. Penyewa yang ingin check-in awal atau check-out lewat bolehlah minta kebenaran terlebih dahulu daripada pemilik homestay. Pemilik homestay boleh mengenakan caj tambahan rm5.00/jam jika penyewa check-out lewat daripada masa yang sepatutnya.
14. Waktu check-in jam 2.00 petang dan waktu check-out sebelum jam 12.00 hari. Penyewa yang ingin check-in awal atau check-out lewat bolehlah minta kebenaran terlebih dahulu daripada pemilik homestay. Pemilik homestay boleh mengenakan caj tambahan rm5.00/jam jika penyewa check-out lewat daripada masa yang sepatutnya.
“ KEBERSIHAN
ADALAH SEBAHAGIAN DARI IMAN”
“
PEMBAZIRAN ADALAH AMALAN YANG DIKUTUK ALLAH S.W.T ”
http://homestaybahaujempol.blogspot.com
.....................................................................................................................................................
No comments:
Post a Comment